Bilakah bagi seorang bayi mula bercakap?
Manusia memang dijadikan dengan penuh keajaiban, bagaimana bermula dari
fetus yang sebesar biji sawi berkembang menjadi seorang bayi. Kemudian dilahirkan
dengan penuh penantian bagi seorang ibu.
Komunikasi seorang bayi sudah bermula, sejak dari alam rahim lagi.
Apabila bayi di dalam kandungan mendengar suara, bunyian dan percakapan
seseorang, ia memberi respon bermaksud dia mendengar atau memahami. Komunikasi
pertama yang dilakukan oleh bayi di dalam kandungan adalah bergerak, menendang
atau menari.
Apabila lahir ke dunia, komunikasi bayi bertukar kepada menangis. Bayi
menangis apabila dia lapar dan rasa tidak selesa.
Ketika berusia satu bulan dia sudah mula tersenyum dan dia biasanya
memberi senyuman kepada orang yang kerap ditemuinya. Mungkin senyuman itu
menyatakan bahawa ucapan selamat atau hai.
Pada usia tiga bulan, bayi sudah mula tahu namanya sendiri dan panggil
bayi dengan namanya dan dia seolah-olah menyahut panggilan anda. Bayi akan mula
berceloteh dan mengeluarkan suara ‘aaa’ dan membuat bunyi-bunyian sebagai tanda dia sedang
bercakap atau memberi respon.
Usia enam bulan, bayi biasanya sudah boleh menyebut ‘baa”, “maa” dan
kelihatan bayi suka kepada beberapa sebutan yang mudah dan akan menyebutnya
berulang-ulang.
Proses bercakap bagi seorang anak kecil
Dalam tempoh kelahiran bayi sehingga berusia 17 bulan, bayi akan
menggunakan satu atau lebih perkataan. Bayi sebenarnya tahu apakah perkataan
yang disebutnya dan mungkin perkataan ‘maa” untuk mama dan “baa” untuk baba
merujuk kepada ibu dan bapanya. Bayi
juga akan menekankan sebutan pada hujung sesuatu pertanyaan dan dia akan
menggunakan tangannya untuk mengayakan apakah maksud sebutannya.
Bayi akan menunjuk kepada objek yang dia mahu atau melambai-lambai
meminta dia di dukung. Dia juga akan mengeleng-ngelengkan kepala tanda tidak
mahu ataupun marah.
Pada usia ini, banyak perkara yang boleh dilakukan oleh bayi jika
arahan yang dia terima secara kerap seperti ambilkan mainan itu, buangkan
sampah, masukkan baju ke dalam bakul atau mari mandi.
Apabila dia sudah berusia 20 bulan, dia sudah mula menggunakan 6 hingga
20 perkataan mudah dan ini meningkat sehingga 50 perkataan ketika usianya menganjak
kepada 2 tahun. Apabila dia mendengar
muzik, dia sudah mula mengikut rentak dan membunyi-bunyikan lagu itu dengan
mengabungkan dua hingga tiga perkataan serentak. Suaranya suda mengikut lagu
yang didengarinya. Ketika dia sedang bermain-main dengan kereta atau alat
permainan dia bercakap seorang diri dan mula berceloteh. Namun perkataan yang
digunakan masih tidak jelas dan tidak bermakna apa-apa.
Apa yang menarik, ketika usia ini apabila dia bermain dengan rakan
sebaya, mereka seolah-olah bertutur, berkomunikasi dan saling memahami bahasa
masing-masing. Bunyi dan sebutan seakan sama. Ini menyebabkan anda pasti teruja
dan kagum dengan perbualan mereka.
Ketika masuk ke usia 3 tahun, anak kecil anda sudah suka menjerit dan
menekan pada sesuatu perkara. Waktu ini dia sedang menyesuaikan tona suara
dengan perkataan yang dia mahu sebut. Jumlah perbendaraan katanya sudah
meningkat sehingga 300 perkataan dan dia sudah boleh bertutur dengan lebih
panjang namun mungkin masih belum jelas disebabkan pelat atau menyebut separuh
sahaja contoh makan dengan menyebut ‘kan’ atau mandi dengan menyebut ‘di”. Jika anda mendengarnya dengan
betul dan memberi fokus, maka anda akan memahami dengan mudah apa yang mahu dia
sampaikan.
Mendorong anak untuk bercakap
Cara yang terbaik adalah anda mesti berbual dengan anak anda.
Berbuallah sekerap dan setiap hari. Ketika mengejutkan dia tidur, meminta dia
buka pakaian, mengajak dia mandi sehinggalah dia mahu tidur.
Reka perbualan dengan menyebut seperti kita berbual dengan orang dewasa
dan jangan gunakan perkataan pelat atau pun separuh. Anda mesti bercakap
menggunakan perkataan penuh. Ketika anda
sedang bercakap sebenarnya anak anda sedang menerima banyak perkataan baru dan
dia sedang mempelajarinya.
Contoh anda mahu memandikannya,
“jom kita mandi, wah bagusnya lihat air ini sejuk.”
“ Lihat buih sabun ini dan wanginya jika mandi dengan bersabun”
Bercakaplah tanpa henti walaupun pada fikiran anda anak kecil ini masih
belum memahami. Lebih banyak perkataan yang anda sebut lebih banyak dia
menyerap dalam mindanya. Dan dia sedang mendengar dan sedang berusaha untuk
memahami.
Gunakan senyuman, kekalkan focus mata anda dan berikan tindak balas
ketika berbual. Bercakaplah ketika anda menyuapkan makanan, menukar lampin dan
ketika mendukungnya. Beri masa untuk dia memberi respon atau mahu bertanya
sesuatu kepada anda.
Cara yang boleh dilakukan juga adalah dengan membacakan buku dengan
kerap. Buku boleh dibaca ketika dia sedang berehat atau sebelum tidur. Dengan
bacaan yang banyak menambah perkataan dalam minda anak anda. Anak anda juga
akan berimaginasi dengan cerita yang dia dengari.

Comments
Post a Comment