Skip to main content

Posts

Bila anak anda mula bercakap, ia satu keajaiban bagi seorang ibu.

Bilakah bagi seorang bayi mula bercakap? Manusia memang dijadikan dengan penuh keajaiban, bagaimana bermula dari fetus yang sebesar biji sawi berkembang menjadi seorang bayi. Kemudian dilahirkan dengan penuh penantian bagi seorang ibu. Komunikasi seorang bayi sudah bermula, sejak dari alam rahim lagi. Apabila bayi di dalam kandungan mendengar suara, bunyian dan percakapan seseorang, ia memberi respon bermaksud dia mendengar atau memahami. Komunikasi pertama yang dilakukan oleh bayi di dalam kandungan adalah bergerak, menendang atau menari. Apabila lahir ke dunia, komunikasi bayi bertukar kepada menangis. Bayi menangis apabila dia lapar dan rasa tidak selesa.  Ketika berusia satu bulan dia sudah mula tersenyum dan dia biasanya memberi senyuman kepada orang yang kerap ditemuinya. Mungkin senyuman itu menyatakan bahawa ucapan selamat atau hai. Pada usia tiga bulan, bayi sudah mula tahu namanya sendiri dan panggil bayi dengan namanya dan dia seolah-olah menya...
Recent posts

Sifat Ingin Tahu Tanda Anak Pintar

Seronok kita melihat seorang anak kecil merangkak-rangkak dan memberi tumpuan kepada seekor semut yang sedang mengangkat cebisan makanan yang jauh lebih besar daripada saiz badannya. Seorang anak kecil boleh berlama-lamaan merenung seekor siput yang sedang bergerak lembap melintasi jalan. Ini menjadi tarikan kepada seorang anak kecil. Apa yang sedang mereka lakukan? Mereka sedang belajar dan mempunyai sifat ingin tahu. Situasi ini kadang-kadang menyebabkan anda sendiri rasa tidak selesa sedangkan anda sedang mengejar masa dan tergopoh-gapah hendak keluar rumah untuk pergi bekerja dan sebelum itu mahu menghantar mereka ke rumah pengasuh. Bagi seorang anak kecil pergerakan seekor semut dan seekor siput lebih penting dari pergerakan anda mahu keluar rumah dan memanggil nama anak kecil itu berkali-kali. Apa yang patut anda sedar dan lakukan apabila situasi ini berlaku? Baik, sekarang Tarik nafas perlahan-lahan dan ingatkan diri anda bahawa anak kecil mempunyai sifat ing...

Membina Keyakinan Dalam Diri Anak

Apakah keyakinan diri bagi seorang anak kecil? Anak kecil akan berasa yakin apabila dia boleh melakukan aktiviti dengan betul. Anak anda akan merasa lebih yakin apabila orang disekitarnya yakin kepadanya. Jika kita bersetuju dan membenarkan apa yang dia mahu buat, maka keyakinannnya akan bertambah. Lebih banyak anak memuji, dia lebih yakin untuk melakukannya. Jika anak kecil berenang, dia akan tenggelam apabila anda menjangkakan dia tidak boleh berenang. Bolehkah anak saya berhadapan dengan orang lain dengan yakin? Orang dewasa atau kanak-kanak yang lebih tua mampu mempamerkan keyakinan diri walaupun sebenarnya mereka tidak yakin. Namun bagi kanak-kanak ia tidak. Apa yang anda lihat tentang anak anda itu yang anda rasa. Orang dewasa boleh bercakap kepada diri sendiri untuk mempercayai bahawa mereka boleh lakukan. Bagi kanak-kanak kecil pula ia tidak boleh. Mereka perlukan kata-kata positif dari ruang luar. Peranan yang paling penting untuk dilakukan oleh ibubapa sen...

Mendidik anak-anak semudah 1,2 dan 3….

Pendidikan merupakan satu analogi yang perlu difahami oleh ibubapa. Apabila lahirnya seorang manusia maka manusia tersebut akan bermula dari 0 hari ke angka-angka seterusnya yang akan berubah hari demi hari, bulan demi bulan dan tahun demi tahun. Kebiasaannya orang dewasa akan mendidik anak-anak mereka seperti apa yang mereka selalu fikirkan dan apa yang pernah mereka lalui. Kita seharusnya memahami bahawa kehidupan kita dan seorang anak bezanya lebih kurang 15 -20 tahun dan ada yang lebih. Secara jelas, betapa besarnya jumlah perbezaan zaman yang harus kita imbang sewaktu kita mendidik seorang anak. Apakah kita masih mahu mendidik mereka dengan cara pendidikan kita oleh nenek moyang kita. Sudah tentu jawapannya tidak. Tiada siapa akan berjaya membuat perbandingan dengan zaman telefon bimbit dengan kecanggihan telefon pintar. Saya sebagai ibu juga tertampar dengan keadaan demikian. Seorang ibu yang baru membelek-belek komputer pintar di sebuah kedai pameran komputer pinta...

Mendorong Anak Anda Mula Bercakap

Anda adalah orang pertama yang memainkan peranan untuk mendorong anak anda mula bercakap. Ini kerana anda adalah idola pertama dalam fikiran mereka. Kanak-kanak berasa amat seronok apabila mereka dapat belajar perkataan-perkataan baru dan perkara-perkara yang baru.  Ini menjadikan mereka suka menggunakan perkataan itu secara berulang. Banyak cara sebenarnya untuk mendorong anak anda mula bercakap. Anda perlu bercakap dengannya dengan kerap dan memandang wajahnya dengan teliti ketika bercakap. Fokus kepada apa yang mahu diperkatakan dan dorong mereka agar lebih yakin untuk bercakap.  Apabila mereka telah Berjaya bercakap dan menjelaskan kehendak mereka kepada anda, beri terus pujian dan lakukan apa yang diminta. Peringkat awal, ada kanak-kanak yang bercakap dengan sedikit pelat atau sebutan yang tidak berapa tepat.  Anda mesti berusaha untuk memahami maksud perkataan itu. Contoh apabila anak anda mahu makan, mereka menyebut ‘makan’ dengan perkataan ‘ak...