Skip to main content

Mendorong Anak Anda Mula Bercakap



Anda adalah orang pertama yang memainkan peranan untuk mendorong anak anda mula bercakap. Ini kerana anda adalah idola pertama dalam fikiran mereka.
Kanak-kanak berasa amat seronok apabila mereka dapat belajar perkataan-perkataan baru dan perkara-perkara yang baru. 

Ini menjadikan mereka suka menggunakan perkataan itu secara berulang. Banyak cara sebenarnya untuk mendorong anak anda mula bercakap. Anda perlu bercakap dengannya dengan kerap dan memandang wajahnya dengan teliti ketika bercakap. Fokus kepada apa yang mahu diperkatakan dan dorong mereka agar lebih yakin untuk bercakap. 

Apabila mereka telah Berjaya bercakap dan menjelaskan kehendak mereka kepada anda, beri terus pujian dan lakukan apa yang diminta. Peringkat awal, ada kanak-kanak yang bercakap dengan sedikit pelat atau sebutan yang tidak berapa tepat. 

Anda mesti berusaha untuk memahami maksud perkataan itu. Contoh apabila anak anda mahu makan, mereka menyebut ‘makan’ dengan perkataan ‘akan’.  Sudah tentu pada mulanya anda tidak faham dengan jelas. Namun dorong anak anda bercakap sambil menunjukkan bahasa badan atau menunjukkan dengan jari apakah kemahuan mereka.

Anda juga mesti memberi maklum balas yang positif apabila dia dapat menyebut dengan betul dan memberi tepukan kejayaan. Sudah pasti dimanja anda akan tersenyum dan bangga dengan pencapaiannya. Ini mendorong lebih banyak aktiviti untuk bercakap dan menyebut perkataan dan benda baru.

Bercakap melalui hubungan mata atau ‘eye contact’ amat penting bagi kanak-kanak. Ini membantu dia memahami perbualan antara anda dan mereka. In juga menjadikan dia lebih yakin dan berfikir anda telah memberi perhatian yang lebih kepada mereka.

Ketika anda menyediakan makan tengahhari, anda meletakkan pinggan di atas meja dan menyendukkan makanan ke dalam pinggan. Situasi yang dilihat oleh kanak-kanak ini akan mendorong dia duduk di meja dan memahami bahawa ini waktu makan dan dia perlu bersedia untuk makan. Pada mulanya bahasa kanak-kanak adalah dengan melihat situasi yang berlaku dipersekitarannya. Apa yang kanak-kanak lihat adalah:
1. Anda sibuk di dapur
2. Bau makanan yang enak
3. Pinggan dan makanan di susun di atas meja
4. Anda memanggilnya untuk makan.

Oleh itu, daripada situasi tadi, kanak-kanak sebenarnya sedang berfikir dan menyusun perkataan dalam mindanya. Oleh sebab itu ketika melakukan setiap aktiviti, ajaklah anak anda berbual tentang apa yang berlaku.

Bagi seorang dewasa, aktiviti menambah perkataan baru dalam kamus minda kita adalah dengan membaca. Apabila banyak membaca, kita akan dapat lebih banyak perkataan baru. Bagi kanak-kanak pula, aktiviti menambah perkataan adalah dengan bercakap. Bercakaplah dengan mereka tentang semua perkara.

Apabila memakaikan memandikan mereka, cipta perbualan dan cerita tentang air yang bergelora dan ikan yang banyak di dalam kolam air. Apabila memakaikan baju, cipta cerita bagaimana seorang putera raja memilih pakaian yang cantik untuk pergi bermain. Apabila mahu menghantar anak ke pengasuh, cipta perbualan seorang putera raja mesti ditinggalkan untuk menjadi seorang pewira yang gagah dan perkasa.

Semua aktiviti ini menjadikan anak anda lebih memahami apa yang berlaku dan apa yang patut dia lakukan. Seorang kanak-kanak juga mempunyai ‘stress’ seperti orang dewasa. Stress bagi kanak-kanak juga perlu diuruskan. Kaedah untuk menguruskan stress kanak-kanak dengan bercakap dengannya.

Nyanyian juga merupakan satu cara bagaimana mendorong kanak-kanak untuk bercakap. Nyanyian yang diiringi dengan muzik dapat mempercepatkan ingatan kepada perkataan-perkataan baru. Sekali sekala, beri anda anda menonton lagu-lagu yang mempunyai perkataan dan benda baru.

Seterusnya kaedah bercerita juga dapat mendorong kanak-kanak mengingati perkataan dan benda baru.

Dengan semua cara yang digunakan mendorong anak anda bercakap, mengulang-ulang perkataan dan benda baru yang dilihat, di dengar dan disebut. Ini semua akan memberi keyakinan kepada kanak-kanak untuk bercakap. 



Comments

Popular posts from this blog

Sifat Ingin Tahu Tanda Anak Pintar

Seronok kita melihat seorang anak kecil merangkak-rangkak dan memberi tumpuan kepada seekor semut yang sedang mengangkat cebisan makanan yang jauh lebih besar daripada saiz badannya. Seorang anak kecil boleh berlama-lamaan merenung seekor siput yang sedang bergerak lembap melintasi jalan. Ini menjadi tarikan kepada seorang anak kecil. Apa yang sedang mereka lakukan? Mereka sedang belajar dan mempunyai sifat ingin tahu. Situasi ini kadang-kadang menyebabkan anda sendiri rasa tidak selesa sedangkan anda sedang mengejar masa dan tergopoh-gapah hendak keluar rumah untuk pergi bekerja dan sebelum itu mahu menghantar mereka ke rumah pengasuh. Bagi seorang anak kecil pergerakan seekor semut dan seekor siput lebih penting dari pergerakan anda mahu keluar rumah dan memanggil nama anak kecil itu berkali-kali. Apa yang patut anda sedar dan lakukan apabila situasi ini berlaku? Baik, sekarang Tarik nafas perlahan-lahan dan ingatkan diri anda bahawa anak kecil mempunyai sifat ing...

Mendidik anak-anak semudah 1,2 dan 3….

Pendidikan merupakan satu analogi yang perlu difahami oleh ibubapa. Apabila lahirnya seorang manusia maka manusia tersebut akan bermula dari 0 hari ke angka-angka seterusnya yang akan berubah hari demi hari, bulan demi bulan dan tahun demi tahun. Kebiasaannya orang dewasa akan mendidik anak-anak mereka seperti apa yang mereka selalu fikirkan dan apa yang pernah mereka lalui. Kita seharusnya memahami bahawa kehidupan kita dan seorang anak bezanya lebih kurang 15 -20 tahun dan ada yang lebih. Secara jelas, betapa besarnya jumlah perbezaan zaman yang harus kita imbang sewaktu kita mendidik seorang anak. Apakah kita masih mahu mendidik mereka dengan cara pendidikan kita oleh nenek moyang kita. Sudah tentu jawapannya tidak. Tiada siapa akan berjaya membuat perbandingan dengan zaman telefon bimbit dengan kecanggihan telefon pintar. Saya sebagai ibu juga tertampar dengan keadaan demikian. Seorang ibu yang baru membelek-belek komputer pintar di sebuah kedai pameran komputer pinta...

Bila anak anda mula bercakap, ia satu keajaiban bagi seorang ibu.

Bilakah bagi seorang bayi mula bercakap? Manusia memang dijadikan dengan penuh keajaiban, bagaimana bermula dari fetus yang sebesar biji sawi berkembang menjadi seorang bayi. Kemudian dilahirkan dengan penuh penantian bagi seorang ibu. Komunikasi seorang bayi sudah bermula, sejak dari alam rahim lagi. Apabila bayi di dalam kandungan mendengar suara, bunyian dan percakapan seseorang, ia memberi respon bermaksud dia mendengar atau memahami. Komunikasi pertama yang dilakukan oleh bayi di dalam kandungan adalah bergerak, menendang atau menari. Apabila lahir ke dunia, komunikasi bayi bertukar kepada menangis. Bayi menangis apabila dia lapar dan rasa tidak selesa.  Ketika berusia satu bulan dia sudah mula tersenyum dan dia biasanya memberi senyuman kepada orang yang kerap ditemuinya. Mungkin senyuman itu menyatakan bahawa ucapan selamat atau hai. Pada usia tiga bulan, bayi sudah mula tahu namanya sendiri dan panggil bayi dengan namanya dan dia seolah-olah menya...