Bilakah bagi seorang bayi mula bercakap? Manusia memang dijadikan dengan penuh keajaiban, bagaimana bermula dari fetus yang sebesar biji sawi berkembang menjadi seorang bayi. Kemudian dilahirkan dengan penuh penantian bagi seorang ibu. Komunikasi seorang bayi sudah bermula, sejak dari alam rahim lagi. Apabila bayi di dalam kandungan mendengar suara, bunyian dan percakapan seseorang, ia memberi respon bermaksud dia mendengar atau memahami. Komunikasi pertama yang dilakukan oleh bayi di dalam kandungan adalah bergerak, menendang atau menari. Apabila lahir ke dunia, komunikasi bayi bertukar kepada menangis. Bayi menangis apabila dia lapar dan rasa tidak selesa. Ketika berusia satu bulan dia sudah mula tersenyum dan dia biasanya memberi senyuman kepada orang yang kerap ditemuinya. Mungkin senyuman itu menyatakan bahawa ucapan selamat atau hai. Pada usia tiga bulan, bayi sudah mula tahu namanya sendiri dan panggil bayi dengan namanya dan dia seolah-olah menya...