Pendidikan merupakan satu analogi yang perlu difahami oleh ibubapa. Apabila lahirnya seorang manusia maka manusia tersebut akan bermula dari 0 hari ke angka-angka seterusnya yang akan berubah hari demi hari, bulan demi bulan dan tahun demi tahun.
Kebiasaannya orang
dewasa akan mendidik anak-anak mereka seperti apa yang mereka selalu fikirkan
dan apa yang pernah mereka lalui. Kita seharusnya memahami bahawa kehidupan
kita dan seorang anak bezanya lebih kurang 15 -20 tahun dan ada yang lebih.
Secara jelas, betapa besarnya jumlah perbezaan zaman yang harus kita imbang
sewaktu kita mendidik seorang anak. Apakah kita masih mahu mendidik mereka
dengan cara pendidikan kita oleh nenek moyang kita.
Sudah tentu
jawapannya tidak. Tiada siapa akan berjaya membuat perbandingan dengan zaman
telefon bimbit dengan kecanggihan telefon pintar. Saya sebagai ibu juga
tertampar dengan keadaan demikian. Seorang ibu yang baru membelek-belek
komputer pintar di sebuah kedai pameran komputer pintar masih malu-malu alah
menyentuh skrin komputer pintar tersebut sedangkan anak yang berusia 6 tahun
sudah laju menyentuh tanpa rasa takut. Tidak tahu dan jauh sekali tidak
pasti dimana anak seusia itu belajar menekan butang komputer dan menyentuh
skrin. Sudah tentu dia tidak belajar dirumah sendiri.
Kita harus berfikir
betapa otak mereka semakin berlari laju sepadan dengan perubahan teknologi yang
menyebabkan semua orang akan kagum dengan ciptaan dan inovasi sains dan
teknologi. Sukar untuk digambarkan betapa 20 tahun akan datang apa pula yang
akan tercipta.
Kebiasaannya, kita
selalu cuba mendidik anak mengikut pengalaman dan kefahaman dari pembacaan. Kita
mahu mengajar anak melakukan sesuatu
dengan menerangkan menggunakan gaya bahasa kita. Hal ini menyebabkan
kadang-kadang anak bingung. Lebih-lebih lagi jika berleter. Tentu anak kita
akan tertanya-tanya “mengapakah ibu saya bercakap tidak berhenti-henti”
Sebagai ibu kita
harus mendapatkan maklumat tentang pembesaran dan proses anak berfikir. Otak
kanak-kanak berfungsi berpandukan nombor. Oleh itu apabila kita mahu
mengajar anak sesuatu perkara yang harus mereka buat maka anak-anak perlu
diajar menggunakan langkah demi langkah.
Oleh itu, dari
situlah otak mereka belajar sebenarnya. Mengapa mereka boleh memahami
menyentuh skrin komputer pintar dengan cepat kerana mereka mengetahui langkah
demi langkah bagi menggerakkan sesuatu permainan atau arahan komputer.
Boleh disimpulkan
otak manusia juga seperti komputer atau komputer itu diambil dari otak manusia.
Kedua-duanya adalah sama.
Mengapa anak-anak
tidak boleh menyimpan memori dengan ayat-ayat yang berjela-jela ini adalah
puncanya. Oleh itu, orang dewasa wajar berfikir semula jika mahu menasihati
anak-anak dengan menggunakan perkataan dan ayat-ayat yang panjang dan
bombastik. Oleh itu, kita mesti mulakan
mengajar anak dengan menggunakan langkah demi langkah. Maka mereka akan
cepat mengingat dan melakukan apa yang kita minta. Mereka juga lebih
mudah untuk menerima nasihat atau mendengar arahan.
Ada sebuah siri
kartun kapten oso dan galakkan anak kita menonton cerita tersebut. Kapten oso
datang membantu kanak-kanak dengan menggunakan 3 langkah yang mudah. Kanak-kanak
akan teruja apabila mereka berjaya melakukan sesuatu.
Ada seorang ibu yang
selalu merungut tentang anaknya yang berusia 7 tahun masih tidak tahu mengurus
diri. Contoh sewaktu pulang dari sekolah.
Apakah cara terbaik
bagi menyelesaikan masalah ibu tadi? Kanak-kanak memerlukan bahasa yang mudah
untuk memahami sesuatu arahan. Jika si ibu menyatakan mahu anak mengurus
dirinya pastilah kanak-kanak kecil itu tidak tahu apa maksud mengurus diri.
Oleh itu, maksud
mengurus diri harus diterjemahkan ke dalam bentuk teknik. Teknik bagi mengurus
diri apabila pulang dari sekolah.
1. Simpan
stoking di dalam kasut
2. Letakkan
beg di rak
3. Tanggalkan
uniform sekolah, masukkan ke dalam bakul atau gantungkan
4. pakai
pakaian untuk bermain.
Satu lagi contoh
adalah apabila kita mahu anak kita menjadi baik maka kita harus menterjemahkan
maksud menjadi baik kepada anak kita. Perkataan baik memang suatu yang
subjektif tetapi dengan meletakkan teknik-teknik dan tingkah laku menjadi
seorang yang baik maka itulah kaedah menjadi baik.
Sekalipun kaedah ini
tidak menjadi betul selamanya bagi anak-anak kita sekurang-kurang mereka
tergolong di dalam orang yang menjadi baik.
Contohnya apabila
kita berkata “ kamu mesti jadi baik”, apa yang perlu kita terjemahkan adalah apakah
yang perlu dibuat untuk menjadi baik. Menjadi baik bagi anak berusia 6 tahun:
1.Mesti pandai dan
rajin mengaji
2. bercakap dengan
suara yang sopan
3.mendengar cakap ibu
dan ayah
4.mesti menghormati
tetamu
5. dan lain-lain
lagi.
Oleh itu, ibubapa hari
ini terlalu banyak menggunakan perkataan sehingga ayat yang diucapkan tidak
difahami oleh anak-anak. Kita harus sedar , sebenarnya apabila anak kita
membuat nakal dan tidak mendengar kata, memang kita berasa marah dan kita rasa
mahu menghukumnya. Kita mahu memberi pengajaran di atas kenakalannya.
Kita harus berfikr
dan merenung kembali. Sebenarnya denda dan kemarahan itu adalah untuk
kepentingan siapa?. Apakah denda, hukuman dan kemarahan itu untuk kepentingan
anak-anak. Saya fikir ia silap. Ia langsung tidak memberi iktibar kepada
anak-anak malah tubuh mereka merasa sakit dan hati mereka berasa marah dan
terguris.
Kita sendiri tahu mengenakan
hukuman dan denda adalah untuk kepentingan ibubapa yang mahu meredakan
kemarahannya. Apabila kita marah, nafas kita bergerak laju kerana kita
memerlukan oksigen untuk menampung sistem pernafasan kita, pada masa yang sama
hormon-hormon menjadi aktif. Apabila hormon menjadi aktif serta bertindakbalas
dengan gas oksigen yang masuk ke dalam sistem pernafasan ia menghasilkan satu
bendalir yang perlu disalurkan. Bendalir itu akan disalurkan secara berlebihan
kepada anggota tubuh badan. Waktu itu apabila kita marah, kita mahu melepaskan
bendalir tersebut dengan memukul dan menjerit. Hal ini berlaku kepada orang
yang menghadapi tekanan. Dengan menjerit kuat, memukul maka kita menjadi tenang
kembali.
Hal ini sepatutnya
tidak patut berlaku. Kerana itu sebagai ibubapa dan guru kita seharusnya
sentiasa sedar dan waras dalam menentukan tindakan kita. Cara terbaik dalam
menghadapi situasi ini adalah dengan tenangkan diri, beristighfar dan menarik
nafas. Kemudian kita berkomunikasi dengan anak-anak atau pelajar yang telah
membuat salah. Kita boleh memberi hukuman tetapi menghukum apabila kita sudah
tenang dan jelaskan mengapa hukuman ini diberikan.
Kedua, berikan
pilihan hukuman kepada mereka serta menjelaskan apakah akibat jika perkara
tersebut dilakukan. Jika kesalahan itu di dalam kategori tertentu berilah
hukuman yang setimpal. Jika tidak boleh dicadangkan dengan memberi hukuman
seperti membaca al quran, berzikir, duduk diam dan sebagainya.
Mendidik dan mengajar
bukan perkara yang mudah. Sebab itu, ibubapa yang menghantar anak mereka ke
Tadika atau pusat asuhan sepatutnya lebih banyak besabar dan berlapang dada.
Tidak harus menyalahkan guru semata-mata. Saya yakin mereka tentunya cuba
melakukan yang terbaik.
Ada seorang anak
mengadu kepada ibunya, apabila pulang dari Tadika, kanak-kanak itu berusianya 4
tahun, dia tidak diberi makan oleh gurunya. Itu adalah hari pertamanya. Sebagai
ibu kita tidak harus melenting atau marah. Apa yang kita patut lakukan dengan
bertanya kepada anak kita, mengapa keadaan begitu berlaku. Anak itu memberitahu
guru meminta dia mengambil makanannya sendiri di dapur. kemungkinan kesibukan
guru menyebabkan kadang-kadang ada yang terlepas pandang.
Namun, sebagai ibu
kita harus mengajar anak kita sendiri. Katakan kepada kepada anak “Esok kamu mesti ambil sendiri
makanan, jangan tunggu cikgu ambilkan, kamu seorang yang boleh berdikari dan
mampu untuk mengambil makanan.”
1. Bangun
dan pergi ke dapur
2. Minta
pada guru atau sesiapa
3. Katakan
apa yang kamu mahu “contoh makanan)
4. Kamu
makan dengan sehingga kenyang
Hari kedua dan
seterusnya, masalah itu selesai. Anak itu sudah mendapat ilmu baru.
Apa kesannya jika anak
kita terlalu mengikut prosedur. Di dalam sains kejayaan,seseorang itu mesti
mempunyai disiplin ketika menjalani kehidupannya. Tiada kejayaan kepada orang
yang membuat kerja acuh tidak acuh dan caca merba. Kreatif adalah topik lain.
Membentuk kemahiran berfikir dan mencetus kreatif di dalam diri anak-anak
adalah cara kita ‘membenarkan’ mereka berfikir apa sahaja, menjangkau
pembelajaran di dalam kelas dan di dalam rumah.
Membentuk kreatif
adalah cara kita tidak menyekat apa yang mereka mahu lakukan sesuai dengan usia
mereka. Ada ibubapa yang terlalu sayangkan anak langsung tidak membenarkan anak
mereka bermain pisau, gunting, memanjat, bermain dan sebagainya. Itu maksudnya
menyekat kreativiti anak-anak.
Membentuk kreativiti
mereka adalah dengan cara ‘melepaskan’ mereka dengan dunia imaginasi mereka.
Pada masa yang sama kita membantu dan mengajar mereka cara menggunakan dengan
betul.
Kesimpulannya, di
dalam memberi pendidikan ini, jangan kita terhadkan kepada suatu kaedah dan
cara pandang sahaja. Bawalah anak-anak kita kepada ‘back to nature’. Dimana
mereka boleh belajar tentang dunia mereka dengan sepuasnya.

Comments
Post a Comment