Skip to main content

Membina Keyakinan Dalam Diri Anak




Apakah keyakinan diri bagi seorang anak kecil?
Anak kecil akan berasa yakin apabila dia boleh melakukan aktiviti dengan betul. Anak anda akan merasa lebih yakin apabila orang disekitarnya yakin kepadanya. Jika kita bersetuju dan membenarkan apa yang dia mahu buat, maka keyakinannnya akan bertambah.

Lebih banyak anak memuji, dia lebih yakin untuk melakukannya. Jika anak kecil berenang, dia akan tenggelam apabila anda menjangkakan dia tidak boleh berenang.

Bolehkah anak saya berhadapan dengan orang lain dengan yakin?
Orang dewasa atau kanak-kanak yang lebih tua mampu mempamerkan keyakinan diri walaupun sebenarnya mereka tidak yakin. Namun bagi kanak-kanak ia tidak. Apa yang anda lihat tentang anak anda itu yang anda rasa. Orang dewasa boleh bercakap kepada diri sendiri untuk mempercayai bahawa mereka boleh lakukan. Bagi kanak-kanak kecil pula ia tidak boleh. Mereka perlukan kata-kata positif dari ruang luar. Peranan yang paling penting untuk dilakukan oleh ibubapa sendiri.

Katakan, “Kamu boleh lakukan sehingga mereka melakukan dan membuktikan kepada diri mereka, mereka telah lakukan”
Tepuk tangan atas kejayaan anak itu

Bagaimana saya mahu membina keyakinan diri anak saya?

Sebagai ibubapa, anda patut tahu bahawa kanak-kanak akan berkelakukan baik apabila dia mempunyai keyakinan yang lebih tinggi. Dia juga akan lebih cenderung untuk meningkatkan potensi dirinya. 

Jangan sesekali menjerit dan cubalah mengabaikan kelakuan buruknya. Anda harus berkata, anda seorang baik dan orang yang baik tidak melakukan perbuatan buruk itu.

Apabila anda bercakap dengan orang lain contoh sedang bercakap dengan neneknya, ceritakan pencapaian anak anda dan pastikan dia dengar pujian tersebut.

Bagaimana mahu meningkatkan kecekapan kanak-kanak?

Lakukan aktiviti bersama contohnya mengemaskan biliknya dan ajak dia berlumba-lumba untuk menyelesaikan tugasnya dan siapa yang paling awal siap akan berkejaran ke dapur untuk mendapat hadiah aiskrim yang sedap.

Lakukan juga aktiviti menyapu daun-daun kering diluar rumah dan berlumba-lumbalah dengan dia bahawa siapa yang paling penuh muatan daunnya akan dapat mandi dengan alat permainan dan lautan yang bergelora.

Apabila dia melakukan dengan cepat dan sempurna maka berikan pujian dan biar dia berkata,” Saya tahu saya akan melakukan semua kerja dengan baik”
Kita juga katakana “ Kamu sudah melakukan dengan bersungguh-sungguh”

Mengapa seorang anak kecil seolah-olah perlukan perhatian?
JIka kita mudah untuk memberi kritikan kepadanya maka dia akan merasakan dia akan gagal. Boleh juga terjadi keyakinan itu hilang dalam tempoh masa yang panjang.

Semua kanak-kanak memang perlukan perhatian. Kadang-kadang dia akan melakukan perbuatan yang tidak bagus untuk mendapatkan perhatian contohnya mahu ibunya memarahinya. Perhatian yang dia mahukan, bahawa ibunya telah focus kepadanya dengan sikap marah.

Contohnya, jika saya nakal atau memukul adik, maka ibu akan berhenti bercakap di telefon. Itulah gambaran dalam fikiran anak kecil itu.

Jika ibu berhenti bercakap di telefon disebabkan kelakuan yang yang dia lakukan, maka dia akan berfikir bahawa dia telah berjaya menarik perhatian ibu dan kelakukan itu akan berulang.

Oleh itu, anda perlu mengurus dan mengawal cara berfikir kanak-kanak dengan berkata, apabila kamu lakukan kebaikan baru ibu akan berhenti bercakap.

Kanak-kanak mahukan tumpuan dari ibubapanya dan mereka mahu rasakan mereka istimewa dan membantu ibubapanya.

Bagaimana mahu meningkat self esteem anak saya?

Berikan ucapan dan pujian kepada anak-anak mengikut keperluan mereka.
“kamu telah lakukan kerja ini dengan baik sekali dan saya tahu kamu lakukan dengan bersungguh-sungguh”

“Perkara ini amat susah, namun jika kamu lakukan dengan betul dan berusaha, maka kamu pasti dapat lakukan”
“terima kasih kerana membantu mengemaskan permainan ini”

“Kamu seorang yang baik dan tentulah kamu mahu membantu menyapu sampah”

Comments

Popular posts from this blog

Sifat Ingin Tahu Tanda Anak Pintar

Seronok kita melihat seorang anak kecil merangkak-rangkak dan memberi tumpuan kepada seekor semut yang sedang mengangkat cebisan makanan yang jauh lebih besar daripada saiz badannya. Seorang anak kecil boleh berlama-lamaan merenung seekor siput yang sedang bergerak lembap melintasi jalan. Ini menjadi tarikan kepada seorang anak kecil. Apa yang sedang mereka lakukan? Mereka sedang belajar dan mempunyai sifat ingin tahu. Situasi ini kadang-kadang menyebabkan anda sendiri rasa tidak selesa sedangkan anda sedang mengejar masa dan tergopoh-gapah hendak keluar rumah untuk pergi bekerja dan sebelum itu mahu menghantar mereka ke rumah pengasuh. Bagi seorang anak kecil pergerakan seekor semut dan seekor siput lebih penting dari pergerakan anda mahu keluar rumah dan memanggil nama anak kecil itu berkali-kali. Apa yang patut anda sedar dan lakukan apabila situasi ini berlaku? Baik, sekarang Tarik nafas perlahan-lahan dan ingatkan diri anda bahawa anak kecil mempunyai sifat ing...

Mendidik anak-anak semudah 1,2 dan 3….

Pendidikan merupakan satu analogi yang perlu difahami oleh ibubapa. Apabila lahirnya seorang manusia maka manusia tersebut akan bermula dari 0 hari ke angka-angka seterusnya yang akan berubah hari demi hari, bulan demi bulan dan tahun demi tahun. Kebiasaannya orang dewasa akan mendidik anak-anak mereka seperti apa yang mereka selalu fikirkan dan apa yang pernah mereka lalui. Kita seharusnya memahami bahawa kehidupan kita dan seorang anak bezanya lebih kurang 15 -20 tahun dan ada yang lebih. Secara jelas, betapa besarnya jumlah perbezaan zaman yang harus kita imbang sewaktu kita mendidik seorang anak. Apakah kita masih mahu mendidik mereka dengan cara pendidikan kita oleh nenek moyang kita. Sudah tentu jawapannya tidak. Tiada siapa akan berjaya membuat perbandingan dengan zaman telefon bimbit dengan kecanggihan telefon pintar. Saya sebagai ibu juga tertampar dengan keadaan demikian. Seorang ibu yang baru membelek-belek komputer pintar di sebuah kedai pameran komputer pinta...

Bila anak anda mula bercakap, ia satu keajaiban bagi seorang ibu.

Bilakah bagi seorang bayi mula bercakap? Manusia memang dijadikan dengan penuh keajaiban, bagaimana bermula dari fetus yang sebesar biji sawi berkembang menjadi seorang bayi. Kemudian dilahirkan dengan penuh penantian bagi seorang ibu. Komunikasi seorang bayi sudah bermula, sejak dari alam rahim lagi. Apabila bayi di dalam kandungan mendengar suara, bunyian dan percakapan seseorang, ia memberi respon bermaksud dia mendengar atau memahami. Komunikasi pertama yang dilakukan oleh bayi di dalam kandungan adalah bergerak, menendang atau menari. Apabila lahir ke dunia, komunikasi bayi bertukar kepada menangis. Bayi menangis apabila dia lapar dan rasa tidak selesa.  Ketika berusia satu bulan dia sudah mula tersenyum dan dia biasanya memberi senyuman kepada orang yang kerap ditemuinya. Mungkin senyuman itu menyatakan bahawa ucapan selamat atau hai. Pada usia tiga bulan, bayi sudah mula tahu namanya sendiri dan panggil bayi dengan namanya dan dia seolah-olah menya...